PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Berat

Terdapat 13 peribahasa yang menyebut perkataan berat.

  1. Ambil berat Simpulan Bahasa

    Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa.

  2. Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul Pepatah

    Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.

  3. Berat hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang tidak sampai hati, tidak rela, berasa segan.

  4. Berat hati beratlah tulang

    Pekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya.

  5. Berat mulut Simpulan Bahasa

    Tidak suka berkata-kata, pendiam

  6. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

    Wujud permuafakatan dalam mengerjakan sesuatu, sama-sama menanggung susah dan senang.

  7. Berat sebelah Simpulan Bahasa

    Tidak adil dalam membuat keputusan dan pertimbangan kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.

  8. Berat tulang Simpulan Bahasa

    Orang yang malas bekerja.

  9. Dikati sama berat, diuji sama merah

    Pangkat atau kedudukan yang sama.

  10. Diuji sama merah, dikati sama berat

    Sudah sepadan benar.

  11. Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing Pepatah

    Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.

  12. Ringan tulang, berat perut

    Siapa yang rajin bekerja dia akan mendapat rezeki yang lebih.

  13. Yang berat tidak terpikul, yang ringan tidak terjinjing

    Sudah terlalu tua, tidak mampu lagi untuk melakukan sebarang kerja.