PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Emas

Terdapat 12 peribahasa yang menyebut perkataan emas.

  1. Anak emas Simpulan Bahasa

    Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa.

  2. Barang kemas Simpulan Bahasa

    Barang-barang perhiasan perempuan yang dibuat daripada emas atau intan berlian.

  3. Cincin emas takkan tampan bermata kaca

    Gadis yang elok lagi hartawan tidak akan sejodoh dengan lelaki yang miskin lagi hodoh.

  4. Emas berpeti, kerbau berkandang

    Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat.

  5. Emas disangka loyang

    Oleh sebab miskin dan melarat, orang menyangkanya jahat.

  6. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri Bidalan

    Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

  7. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati Pepatah

    Hutang wang dapat dibayar tetapi sekiranya hutang budi akan sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat.

  8. Jambatan emas Simpulan Bahasa

    Jalan mencapai bahagia.

  9. Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi Pepatah

    Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya.

  10. Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari Pepatah

    Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.

  11. Seperti emas baru disepuh Perumpamaan

    Kecantikan rupa paras seorang wanita.

  12. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga Pepatah

    Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.