PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Harimau

Terdapat 9 peribahasa yang menyebut perkataan harimau.

  1. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Pepatah

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

  2. Harimau mati kerana belangnya

    Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.

  3. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Pepatah

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

  4. Harimau menunjukkan belangnya

    Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.

  5. Kecil-kecil anak harimau Simpulan Bahasa

    Meskipun kecil tetapi berani.

  6. Masuk sarang harimau

    Termasuk ke dalam bahaya besar.

  7. Mengepit kepala harimau

    Menggunakan kuasa orang lain untuk menakutkan orang lain

  8. Rezeki harimau Simpulan Bahasa

    Makanan yang banyak dan berjenis-jenis.

  9. Seperti harimau menyorokkan kuku Perumpamaan

    Orang yang menyembunyikan kelebihannya.