PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Hati

Terdapat 44 peribahasa yang menyebut perkataan hati.

  1. Ada hati Simpulan Bahasa

    Ada keinginan yang melebihi kesanggupan.

  2. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang Pepatah

    Pendirian yang tidak tetap.

  3. Bagai empedu lekat di hati Perumpamaan

    Sangat rapat atau sangat akrab; merujuk kepada hubungan persahabatan atau pasangan suami isteri dan kekasih.

  4. Baik hati Simpulan Bahasa

    Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

  5. Belah dada lihatlah hati

    Berkata benar.

  6. Beraja di hati, bersultan di mata

    Menuruti kehendak hati sendiri.

  7. Berat hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang tidak sampai hati, tidak rela, berasa segan.

  8. Berat hati beratlah tulang

    Pekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya.

  9. Bertanam tebu dipinggir bibir, rebung berduri di hati Pepatah

    Berkata-kata manis di mulut tetapi di dalam hatinya jahat.

  10. Besar hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang gembira atau bersemangat tinggi.

  11. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati Bidalan

    Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

  12. Buah hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang dikasihi atau kekasih.

  13. Buta hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang tidak mempunyai belas kasihan atau seseorang yang bengis.

  14. Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu Pepatah

    Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.

  15. Hancur hati Simpulan Bahasa

    Sedih, putus asa

  16. Harap hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai Pepatah

    Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.

  17. Hati batu Simpulan Bahasa

    Orang yang degil.

  18. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Pepatah

    Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

  19. Hati hendak semua jadi Pepatah

    Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.

  20. Hati kecil Simpulan Bahasa

    Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)

  21. Hilang di mata di hati jangan

    Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati.

  22. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta Pepatah

    Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya.

  23. Ilmu itu pelita hati

    Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak

  24. Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak Pepatah

    Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

  25. Isi hati Simpulan Bahasa

    Perasaan; apa-apa yang terfikir.

  26. Jantung hati Simpulan Bahasa

    Orang yang dikasihi.

  27. Jatuh hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang telah jatuh cinta atau kasihan.

  28. Jauh di mata, dekat di hati

    Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan.

  29. Jauh di mata, jauhlah di hati

    Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.

  30. Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah Pepatah

    Kesedihan kerana kematian kekasih.

  31. Kecil hati Simpulan Bahasa

    Berasa tersinggung

  32. Kerana mata buta, kerana hati mati

    Orang yang menurutkan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.

  33. Lain di mulut, lain di hati

    Yang dikatakan berlainan dengan yang di dalam hati.

  34. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati

    Masing-masing orang dengan kesukaannya.

  35. Luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa tahu Pepatah

    Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

  36. Makan hati berulam jantung

    Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

  37. Mata hati Simpulan Bahasa

    Perasaan hati

  38. Murah hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang penyayang dan mempunyai sifat yang simpati atau kasihan.

  39. Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai Pepatah

    Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat.

  40. Orang berdendang di pentas, orang beraja di hatinya

    Tiap-tiap orang yang berkuasa mempunyai kawasan masing-masing.

  41. Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain Pepatah

    Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berlainan antara satu dengan yang lain walaupun pada lahirnya ia kelihatan sama.

  42. Rendah hati Simpulan Bahasa

    Tidak sombong

  43. Terang hati Simpulan Bahasa

    Lekas pandai.

  44. Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati

    Seseorang itu akan menghadapi kecelakaan sekiranya menurut hawa nafsu.