PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Hilang

Terdapat 21 peribahasa yang menyebut perkataan hilang.

  1. Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya Pepatah

    Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.

  2. Antah patah lesung hilang

    Kesusahan datang secara berturut-turut.

  3. Bagai kucing hilang anak Perumpamaan

    Bingung, kehilangan akal.

  4. Bagai nakhoda kasap: hujung hilang, pangkal lesap Perumpamaan

    Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan.

  5. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang Bidalan

    Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain.

  6. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap Pepatah

    Membuat pekerjaan yang sia-sia.

  7. Cicir dipungut, hilang dicari

    Jangan melakukan pembaziran.

  8. Hilang adat tegal muafakat

    Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak.

  9. Hilang akal Simpulan Bahasa

    Seseorang yang hilang fikiran atau gila.

  10. Hilang bahasa lenyap bangsa

    Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.

  11. Hilang di mata di hati jangan

    Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati.

  12. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas

    Lain orang yang berbakti, lain pula orang yang dipuji.

  13. Hilang kabus, teduh hujan

    Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan.

  14. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

    Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.

  15. Hilang kilat dalam kilau

    Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar.

  16. Hilang tukul hilanglah pahat

    Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman.

  17. Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari

    Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong.

  18. Seperti anak ayam kehilangan ibu Perumpamaan

    Sekumpulan orang yang kehilangan arah atau berpecah-belah akibat kehilangan seorang pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan.

  19. Tunggang hilang berani mati

    Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

  20. Ular bercampur belut, tak akan hilang bisanya

    Penjahat jika bergaul dengan orang baik tidak akan berubah tabiatnya.

  21. Ular menyusur akar, tiada hilang bisanya

    Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.