PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Hutang

Terdapat 7 peribahasa yang menyebut perkataan hutang.

  1. Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula Pepatah

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

  2. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati Pepatah

    Hutang wang dapat dibayar tetapi sekiranya hutang budi akan sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat.

  3. Hutang kayu ara

    Hutang yang tak mungkin terbayar.

  4. Hutang keliling pinggang

    Sangat banyak hutangnya.

  5. Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula Pepatah

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

  6. Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi

    Permintaan yang tidak akan dihiraukan orang.

  7. Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher Pepatah

    Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.