PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Ikan

Terdapat 31 peribahasa yang menyebut perkataan ikan.

  1. Ada air, adalah ikan Bidalan

    Ada penempatan adalah penduduk.

  2. Airnya jernih, ikannya jinak

    Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.

  3. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang Pepatah

    Pendirian yang tidak tetap.

  4. Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga Pepatah

    Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

  5. Bagai menantikan kucing bertanduk Perumpamaan

    Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.

  6. Daun keladi dimandikan

    Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

  7. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya Pepatah

    Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.

  8. Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga Bidalan

    Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.

  9. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

    Kita mestilah mengikut sesuatu adat yang baik.

  10. Ikan di hulu tuba di hilir

    Perbuatan yang sia-sia.

  11. Ikan pulang ke lubuk

    Telah kembali ke tempat asalnya.

  12. Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan Pepatah

    Tidak mahu mengakui kebenaran.

  13. Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah Pepatah

    Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.

  14. Kecil umpan besar ikan

    Dengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar.

  15. Lain lubuk, lain ikannya

    Adat negeri selalu berlain-lainan.

  16. Ombak yang kecil jangan diabaikan

    Jangan menganggap mudah akan perkara kecil yang boleh mendatangkan bahaya.

  17. Orang buta diberikan suluh

    Perbuatan yang sia-sia.

  18. Orang haus diberikan air, orang lapar diberikan nasi

    Mendapat apa-apa yang diingini atau dihajati.

  19. Putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang juga Bidalan

    Budi bahasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang.

  20. Sauk air mandikan diri

    Orang yang hidup di atas usaha sendiri.

  21. Sedangkan tak hujan becak, inikan pula hujan

    Sedangkan tidak melakukan kejahatan telah dituduh, apatah pula kalau benar-benar melakukannya.

  22. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya Pepatah

    Sangat cekap (pantas) memahami perkataan atau perbuatan orang.

  23. Seperti ikan kena tuba Perumpamaan

    Orang yang tidak berdaya lagi.

  24. Udang hendak mengatai ikan

    Tidak insaf akan kekurangan diri sendiri; kesalahan orang nampak tetapi kesalahan sendiri tidak sedar.

  25. Ular bukan ikan pun bukan

    Seseorang yang payah hendak ditentukan sama ada baik atau jahat.

  26. Umpan habis, ikan tak dapat

    Perbuatan atau usaha yang tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi dan lelah sahaja.

  27. Unjuk yang tiada diberikan

    Suatu janji yang tidak ditepati.

  28. Usahlah teman dimandikan pagi

    Usahlah dipermain-mainkan dengan sanjungan yang berlebih-lebihan.

  29. Walau ikan yang diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga

    Sepandai-pandai atau sekuat-kuat manusia adakalanya silap juga.

  30. Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan Pepatah

    Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik.

  31. Walaupun diam dalam lautan garam sekalipun ikan tetap tidak akan masin

    Orang yang ada waja diri, tidak dapat dipengaruhi oleh persekitaran.