PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Jalan

Terdapat 16 peribahasa yang menyebut perkataan jalan.

  1. Ada jalan Simpulan Bahasa

    Ada cara, ikhtiar, usaha.

  2. Beri jalan Simpulan Bahasa

    Memberikan idea atau peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan.

  3. Cari jalan Simpulan Bahasa

    Mencari ikhtiar, usaha dan idea untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

  4. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pepatah

    Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya

  5. Engkap bagai rumput di tengah jalan

    Hidup merana kerana terlalu miskin atau sakit yang bersangatan.

  6. Jalan raya titian batu

    Adat yang belum berubah-ubah.

  7. Jalan tengah Simpulan Bahasa

    Sesuatu keputusan yang dibuat tanpa adanya berat sebelah antara kedua-dua pihak.

  8. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis Pepatah

    Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.

  9. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa Pepatah

    Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya.

  10. Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan Pepatah

    Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak.

  11. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung perahu hanyut Bidalan

    Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.

  12. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus Perumpamaan

    Seseorang yang memberi nasihat yang baik-baik kepada orang lain tetapi dia sendiri tidak dapat melaksanakannya.

  13. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan Bidalan

    Jika sudah mengetahui akan kesalahan yang telah dilakukan hendaklah kembali ke jalan yang sebenar.

  14. Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata

    Kemalangan itu terjadi dengan tiba-tiba, oleh itu berwaspadalah.

  15. Usaha menjalani, nasib menyudahi

    Kewajipan manusia mengusahakan, hasil terserah kepada takdir.

  16. Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan

    Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya.