PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Jatuh

Terdapat 16 peribahasa yang menyebut perkataan jatuh.

  1. Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga Pepatah

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  2. Air mata jatuh ke perut

    Berdukacita dengan diam-diam.

  3. Bagai bunyi cempedak jatuh Perumpamaan

    Bunyi jatuh yang kuat.

  4. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas Bidalan

    Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.

  5. Enggang lalu aral jatuh, anak raja mati ditimpanya

    Menerima akibat kerana kebetulan berada di tempat kejadian itu.

  6. Hujan jatuh ke pasir Perumpamaan

    Berbuat baik tidak pada tempatnya.

  7. Jatuh berjolok Simpulan Bahasa

    Memperoleh sesuatu kerana diminta.

  8. Jatuh berkait Simpulan Bahasa

    Memperoleh sesuatu kerana diminta.

  9. Jatuh hati Simpulan Bahasa

    Seseorang yang telah jatuh cinta atau kasihan.

  10. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau Bidalan

    Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.

  11. Orang penggamang mati jatuh, orang pendingin mati hanyut

    Orang yang takut-takut tidak akan tercapai maksudnya.

  12. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga Bidalan

    Manusia itu walaupun sebijak mana, tentu akan membuat kesilapan juga.

  13. Seperti garam jatuh di air Perumpamaan

    Cepat meresap atau segera dimengerti nasihat atau pelajaran.

  14. Seperti tikus jatuh ke beras Perumpamaan

    Orang yang terlalu gembira.

  15. Sudah jatuh ditimpa tangga

    Mendapat kesusahan silih berganti.

  16. Yang dijolok tiada jatuh, penjolok pula tinggal di atas Pepatah

    Yang dikehendaki tiada tercapai, sedang alat (syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga.