PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Jauh

Terdapat 16 peribahasa yang menyebut perkataan jauh.

  1. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk

    Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya.

  2. Dekat tak tercapai, jauh tak berantara

    Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.

  3. Digantung tinggi, dibuang jauh

    Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.

  4. Jauh bau bunga, dekat bau tahi

    Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar.

  5. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa Pepatah

    Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya.

  6. Jauh di mata, dekat di hati

    Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan.

  7. Jauh di mata, jauhlah di hati

    Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.

  8. Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor

    Bercakap besar di belakang-belakang saja.

  9. Jauh panggang dari api

    Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

  10. Jauhari juga yang mengenal manikam Perumpamaan

    Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

  11. Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan Pepatah

    Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.

  12. Ubat jauh penyakit hampir

    Seseorang yang dalam kesusahan dan sukar untuk mendapat pertolongan.

  13. Yang jauh berpanggilan, yang dekat berimbauan

    Jauh diundang dengan surat, dekat cukup diundang dengan mulut sahaja.

  14. Yang jauh tak terjelang, yang dekat tak ditandangi

    Sudah terlalu uzur.

  15. Yang jauh telah berjemput, yang hampir telah tiba

    Tentang jemputan yang telah sempurna.

  16. Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua

    Dalam sesuatu usaha, pemimpin bertanggungjawab akan mendapat pujian dan celaan.