PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Kaki

Terdapat 14 peribahasa yang menyebut perkataan kaki.

  1. Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan Perumpamaan

    Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.

  2. Cepat kaki ringan tangan

    Rajin dan giat.

  3. Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan

    Jika ingin melakukan sesuatu hendaklah memikirkan baik buruknya, jangan terlalu cepat ingin membuatnya.

  4. Goyang kaki Simpulan Bahasa

    Bersenang-senang.

  5. Kaki ayam Simpulan Bahasa

    Tidak memakai kasut.

  6. Kaki bangku Simpulan Bahasa

    Tidak tahu bemain misalnya bola

  7. Kaki botol Simpulan Bahasa

    Orang yang pemabuk.

  8. Kaki joli Simpulan Bahasa

    Orang yang suka berfoya-foya

  9. Kaki lima Simpulan Bahasa

    Kawasan laluan di hadapan bangunan

  10. Kaki tangan Simpulan Bahasa

    Orang kepercayaan atau pembantu.

  11. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati

    Masing-masing orang dengan kesukaannya.

  12. Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki

    Baru hendak belajar sesuatu

  13. Meninggalkan kura-kura di kaki, mengejar burung terbang Pepatah

    Seseorang yang tamak; meninggalkan sesuatu yang sedia ada kerana mengejar suatu keuntungan yang belum dapat, akhirnya kedua-duanya terlepas..

  14. Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher Pepatah

    Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.