PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Kasih

Terdapat 4 peribahasa yang menyebut perkataan kasih.

  1. Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan Pepatah

    Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak.

  2. Kasih sepantun tulisan pinggan

    Kasih yang tak hilang-hilang.

  3. Pilih kasih Simpulan Bahasa

    Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain.

  4. Yang tua dimuliakan, yang muda dikasihi

    Orang yang pandai membawa diri.