Peribahasa Tentang Makan
Terdapat 38 peribahasa yang menyebut perkataan makan.
-
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam
Pepatah
Sangat sedih sehingga menjejaskan keenakan makan dan minum.
-
Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan
Perumpamaan
Bekerja hanya kalau diperintah.
-
Banyak makan garam
Simpulan Bahasa
Seseorang yang telah lama hidup dan mempunyai banyak pengalaman.
-
cakap berlauk-lauk, makan dengan sambal lada
Cakap seperti orang kaya padahal miskin.
-
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan
Nasib yang malang.
-
Cencaru makan petang
Pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik.
-
Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan
Zahirnya nampak untung tetapi sebenarnya rugi
-
Gunting makan di hujung
Mencapai sesuatu dengan diam-diam
-
Harapkan pagar, pagar makan padi
Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita.
-
Harapkan pancing, pancing makan umpan
Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita.
-
Ibarat ayam, tiada mengais tiada makan
Perumpamaan
Sangat miskin.
-
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Pepatah
Hidup yang sangat miskin dan rezeki hanya cukup untuk dimakan pada masa itu sahaja.
-
Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari
Pepatah
Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.
-
Makan angin
Simpulan Bahasa
Menghirup udara yang baik untuk kesihatan badan atau seseorang yang berjalan-jalan menghabiskan cutinya berehat.
-
Makan angkat
Simpulan Bahasa
Orang yang suka dipuji.
-
Makan bubur panas-panas
Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.
PANTUN Ringkas 25 RasulLihat produk →Pilihan kami
-
Makan di luar berak di dalam
Mengkhianati tempat mendapat perlindungan.
-
Makan hati berulam jantung
Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.
-
Makan suap
Simpulan Bahasa
Menerima rasuah.
-
Nasi tersenduk tidak termakan
Tidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki.
-
Orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya
Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menerima hukuman.
-
Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan
Pekerjaan yang tidak tetap akan merugikan.
-
Orang tua diajar makan pisang
Sia-sia mengajar orang telah pandai.
-
Pandai makan pandailah simpan
Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia.
-
Sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
Pepatah
Sesuatu keadaan yang dalam serba salah.
-
Senjata makan tuan
Sesuatu yang dipergunakan untuk alasannya tetapi mengena dirinya sendiri.
-
Seperti anai-anai makan kayu
Perumpamaan
Mengerjakan sesuatu perkara dengan begitu tekun sekali.
-
Siapa makan cili, dialah akan berasa pedas
Bidalan
Sesiapa yang berani berbuat sesuatu dia hendaklah berani bertanggungjawab.
-
Siapa yang makan nangka dia yang terkena getahnya
Pepatah
Siapa yang bersalah orang itu yang harus dihukum.
-
Sudah lama makan garam
Simpulan Bahasa
Seseorang yang mempunyai banyak pengalaman
-
Tiada serik dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga
Kerana mencari wang (harta) tidak menghiraukan penat atau kesusahan.
-
Tidur tak lena, makan tak kenyang
Terlalu rindu atau sedih sehingga menjejaskan urusan harian.
-
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang
Perumpamaan
Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan.
-
Yang bengkok juga yang dimakan sarung
Orang yang bersalah atau dihukum.
-
Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga
Pepatah
Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.
-
Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi
Pepatah
Melihat sesuatu menurut keadaannya yang terbukti dan boleh disaksi.
-
Yang makan lada jugalah yang berasa pedas
Sesiapa yang berbuat sesuatu dialah yang bertanggungjawab atas perbuatannya.
-
Yang sakit hendak makan pulut, yang segar hendak makan gulai
Nasib yang berbeza menyebabkan keinginan pun berbeza.