PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Mata

Terdapat 36 peribahasa yang menyebut perkataan mata.

  1. Air mata jatuh ke perut

    Berdukacita dengan diam-diam.

  2. Bagai bulan dengan matahari Perumpamaan

    Sepadan benar.

  3. Bagai cincin dengan permata Perumpamaan

    Sama cantik, sama padan; cocok benar.

  4. Bagai menjaga permata intan ketika dicanai Perumpamaan

    Kasih sayang yang tidak tertanding

  5. Beraja di hati, bersultan di mata

    Menuruti kehendak hati sendiri.

  6. Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul Pepatah

    Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.

  7. Berbulu mata melihat

    Sangat benci.

  8. Berkuah air mata

    Selalu menderita susah.

  9. Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali Pepatah

    Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.

  10. Berputih mata Simpulan Bahasa

    Kalah dalam sesuatu persaingan

  11. Biar putih tulang, jangan putih mata Bidalan

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  12. Cacing naik ke mata Simpulan Bahasa

    Kelakuan atau perbuatan yang melampau.

  13. Cahaya mata Simpulan Bahasa

    Anak

  14. Cincin emas takkan tampan bermata kaca

    Gadis yang elok lagi hartawan tidak akan sejodoh dengan lelaki yang miskin lagi hodoh.

  15. Hilang di mata di hati jangan

    Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati.

  16. Ibarat burung, mata lepas badan terkurung Pepatah

    Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

  17. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta Pepatah

    Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya.

  18. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis Pepatah

    Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.

  19. Jauh di mata, dekat di hati

    Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan.

  20. Jauh di mata, jauhlah di hati

    Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.

  21. Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang

    Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan

  22. Kena parang bermata dua

    Sangat menyakitkan perasaan hati.

  23. Kerana mata buta, kerana hati mati

    Orang yang menurutkan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.

  24. Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak Pepatah

    Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.

  25. Mata hati Simpulan Bahasa

    Perasaan hati

  26. Mata memandang apa yang hendak, sakit bahu yang memikul ditimpa perasaan Pepatah

    Menyuruh orang melakukan sesuatu memang mudah, tetapi yang menanggung kesukarannya ialah orang yang mengerjakannya.

  27. Mata petai Simpulan Bahasa

    Tidak dapat melihat dengan betul.

  28. Mencolok mata Simpulan Bahasa

    Menyakitkan pandangan

  29. Mengaburi mata orang

    Seseorang yang menipu atau membodohkan orang.

  30. Rambang mata Simpulan Bahasa

    Terlalu banyak pilihan sehingga tidak tahu mana yang hendak dipilih.

  31. Seberapa panjang sarungnya begitulah panjang mata pedangnya Pepatah

    Perangai yang baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyak ilmu seseorang.

  32. Seperti gergaji dua mata Perumpamaan

    Seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan dua pihak; tidak jujur.

  33. Serampang dua mata

    Mendapat dua faedah serentak, menyokong kedua-dua pihak yang berkonflik.

  34. Telunjuk mencucuk mata

    Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita.

  35. Ukur mata dengan telinga

    Menurut penglihatan dan pendengaran.

  36. Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata

    Kemalangan itu terjadi dengan tiba-tiba, oleh itu berwaspadalah.