PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Nasi

Terdapat 17 peribahasa yang menyebut perkataan nasi.

  1. Ada hari, ada nasi Bidalan

    Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

  2. Ada nasi di balik kerak Perumpamaan

    Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan.

  3. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam Pepatah

    Sangat sedih sehingga menjejaskan keenakan makan dan minum.

  4. Beradu nasib Simpulan Bahasa

    Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan.

  5. Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah Pepatah

    Perbuatan yang tidak sempurna.

  6. Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi

    Sesuatu itu akan kembali ke asalnya meskipun sedikit.

  7. Nasi damai Simpulan Bahasa

    Nasi yang dihidang kepada pengantin sebagai tanda mesra setelah bersatu.

  8. Nasi kawah Simpulan Bahasa

    Nasi yang dimasak banyak-banyak untuk kumpulan ramai.

  9. Nasi masak periuk pecah

    Hukuman yang sudah putus tak dapat dibanding lagi.

  10. Nasi sudah menjadi bubur

    Perbuatan yang sudah terlanjur yang tidak dapat kita sesalkan kerana tidak berguna lagi.

  11. Nasi tak dingin, pinggan tak retak

    Cermat melakukan sesuatu pekerjaan.

  12. Nasi tersenduk tidak termakan

    Tidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki.

  13. Orang haus diberikan air, orang lapar diberikan nasi

    Mendapat apa-apa yang diingini atau dihajati.

  14. Periuk nasi Simpulan Bahasa

    Punca pencarian.

  15. Sambil berdiang, nasi masak

    Melakukan dua pekerjaan sekaligus

  16. Tak akan berwap nasi dingin

    Orang yang tidak berilmu, tidak mungkin mengajar orang lain.

  17. Usaha menjalani, nasib menyudahi

    Kewajipan manusia mengusahakan, hasil terserah kepada takdir.