PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Petang

Terdapat 4 peribahasa yang menyebut perkataan petang.

  1. Bagai itik pulang petang Perumpamaan

    Berjalan lambat dan lamban.

  2. Cencaru makan petang

    Pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik.

  3. Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari Pepatah

    Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.

  4. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Pepatah

    Hidup yang sangat miskin dan rezeki hanya cukup untuk dimakan pada masa itu sahaja.