PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Pulang

Terdapat 8 peribahasa yang menyebut perkataan pulang.

  1. Bagai itik pulang petang Perumpamaan

    Berjalan lambat dan lamban.

  2. Belut pulang ke lumpur Perumpamaan

    Perantau yang pulang semula ke tempat asal.

  3. Datang tak berjemput, pulang tak berhantar

    Tetamu yang tidak penting.

  4. Haruan pulang ke lubuk

    Perantau yang kembali ke tempat asal.

  5. Ikan pulang ke lubuk

    Telah kembali ke tempat asalnya.

  6. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan Pepatah

    Mengesampingkan urusan sendiri kerana mengutamakan urusan orang lain.

  7. Pinang pulang ketampuk

    Serasi, sudah secocok atau bersesuaian.

  8. Sirih pulang ke gagang

    Kembali ke tempat asalnya.