PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Rumah

Terdapat 11 peribahasa yang menyebut perkataan rumah.

  1. Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan Pepatah

    Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

  2. Bagai berumah di tepi tebing Perumpamaan

    Selalu dalam kekhuatiran.

  3. Beralih kain di balik rumah; beralih cakap di balik lidah Pepatah

    Tidak menepati janji.

  4. Dalam rumah membuat rumah

    Mencari keuntungan atas ongkos orang lain.

  5. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Pepatah

    Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.

  6. Kubur kata mari, rumah kata pergi

    Orang yang sudah lanjut usianya.

  7. Rumah buruk disapu cat

    Orang tua yang suka bersolek.

  8. Rumah gendang bersendi perak

    Orang bangsawan dan kaya pula.

  9. Rumah siap, pahat masih berbunyi

    Mengemukakan pendapat atau kritikan sesudah perkara diputuskan.

  10. Tuan rumah Simpulan Bahasa

    Penganjur sesuatu majlis; tempat berlangsungnya sesuatu acara

  11. Yang berkurap pembawa buluh, yang buta penghembus lesung, yang lumpuh penunggu rumah, yang pekak pencucuh meriam

    Meskipun kurang sempurna, namun tetap berguna kepada orang lain.