Peribahasa Tentang Tanah
Terdapat 12 peribahasa yang menyebut perkataan tanah.
-
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan
Pepatah
Membesar-besarkan perkara yang kecil.
-
Bagai Belanda meminta tanah
Perumpamaan
Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi.
-
Bukan tanah menjadi padi
Bukan tempatnya untuk berbuat baik.
-
Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah
Pepatah
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
-
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga
Bidalan
Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.
-
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Kita mestilah mengikut sesuatu adat yang baik.
-
Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah
Pepatah
Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
-
Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah
Pepatah
Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.
-
Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi
Bidalan
Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita.
-
Putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang juga
Bidalan
Budi bahasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang.
-
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Bidalan
Manusia itu walaupun sebijak mana, tentu akan membuat kesilapan juga.
-
Ular dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipalu jangan lembang
Mengadili perkara hendaklah seadil-adilnya.