PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Tangan

Terdapat 27 peribahasa yang menyebut perkataan tangan.

  1. Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang Pepatah

    Malang sekali; nasib yang buruk.

  2. Ayam terlepas, tangan bau tahi

    Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.

  3. Bagai bertepuk sebelah tangan Perumpamaan

    Cinta kasih yang tidak berbalas.

  4. Bekas tangan Simpulan Bahasa

    Hasil kerja tangan seseorang.

  5. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

    Perselisihan atau keeratan persahabatan itu datangnya daripada kedua-dua belah pihak.

  6. Buah tangan Simpulan Bahasa

    Hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang.

  7. Campur tangan Simpulan Bahasa

    Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain

  8. Cepat kaki ringan tangan

    Rajin dan giat.

  9. Cepat tangan Simpulan Bahasa

    Suka mencuri

  10. Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan

    Jika ingin melakukan sesuatu hendaklah memikirkan baik buruknya, jangan terlalu cepat ingin membuatnya.

  11. Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak

    Lihatlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencela orang lain.

  12. Dalam tangan Simpulan Bahasa

    Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi

  13. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

    Segala-gala yang dikehendaki dan diperlukan sudah diperoleh dan dalam keadaan bersiap sedia.

  14. Harap hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai Pepatah

    Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.

  15. Hendak mencapai tangan tak sampai

    Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat.

  16. Kaki tangan Simpulan Bahasa

    Orang kepercayaan atau pembantu.

  17. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

    Seseorang yang sangat berterima kasih atas pertolongan ataupun nasihat yang diberikan oleh seseorang.

  18. Lempar batu sembunyi tangan

    Orang yang khianat dan tidak mengakui akan kesalahannya.

  19. Lepas tangan Simpulan Bahasa

    Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

  20. Luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa tahu Pepatah

    Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

  21. Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai Pepatah

    Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat.

  22. Panjang tangan Simpulan Bahasa

    Suka mencuri

  23. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan Pepatah

    Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong.

  24. Tangan kosong Simpulan Bahasa

    Tidak membawa apa-apa.

  25. Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia Bidalan

    Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara.

  26. Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak Perumpamaan

    Layanan yang kurang adil.

  27. Umpan habis, pancing putus, punca terlepas daripada tangan

    Perbuatan atau usaha yang sia-sia, malahan rugi pula.