PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Tulang

Terdapat 13 peribahasa yang menyebut perkataan tulang.

  1. Berat hati beratlah tulang

    Pekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya.

  2. Berat tulang Simpulan Bahasa

    Orang yang malas bekerja.

  3. Biar putih tulang, jangan putih mata Bidalan

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  4. Curi tulang Simpulan Bahasa

    Pemalas; mengelat semasa membuat kerja.

  5. Gajah mati tulang setimbun

    Orang kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya.

  6. Hempas tulang tak berbalas jasa

    Berpenat lelah tetapi tidak ada hasilnya.

  7. Hempas tulang, berisi perut

    Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.

  8. Lidah tidak bertulang

    Mudah berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya itu.

  9. Membanting tulang

    Bekerja keras

  10. Putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang juga Bidalan

    Budi bahasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang.

  11. Ringan tulang Simpulan Bahasa

    Rajin bekerja, tangkas.

  12. Ringan tulang, berat perut

    Siapa yang rajin bekerja dia akan mendapat rezeki yang lebih.

  13. Tulang belakang

    Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan.